Rabu, 29 Julai 2009

USTAZ TULIN VS USTAZ TIRUAN - CARILAH YANG ORI!

“Berkatalah benar walaupun pahit”. Inilah rasa-rasanya kata-kata yang sesuai untuk diriku dan sahabat-sahabat semua mengenai tajuk tulisan di atas. Pada hari ini ramai orang awam menjadi confuse (keliru) tentang siapakah yang sebenar-benar ulama (ustaz) yang boleh dijadikan role-model dan contoh. Akibatnya ramai yang terpengaruh dan terpedaya dengan orang yang mempunyai title ustaz. Tambahan pula akhbar Metro sentiasa memburu berita-berita sensasi mengenai golongan yang bernama ustaz untuk dijadikan tajuk utama. Lama-kelamaan ia akan menjadi you give ustaz a bad name. Akhirnya berlaku pemisahan di antara orang awam dengan ulama kerana wujud prasangka yang tidak sihat dan agama akan hilang sedikit demi sedikit dari kehidupan masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan dalam setiap golongan manusia ada yang baik dan kurang baik. Pandai-pandailah kita mencari dan mengenalinya berdasarkan kriteria-kriteria tertentu, bak kata pepatah “hanya jauhari mengenal manikam”.
Oleh itu nilailah berdasarkan garispanduan pakar dalam bidang ini iaitu Imam al-Ghazali RAH.


Kata Hujjatul Islam Imam Ghazali RAH ulama (ustaz) yang berjaya dan cemerlang dan yang paling hampir dengan Allah SWT ialah ulama (ustaz) akhirat yang mempunyai beberapa tanda pengenalan:

1. Tidak mencari dunia dengan ilmu. Kata Yahya bin Muaz:”Apabila ilmu dan hikmah digunakan untuk mencari dunia maka kecemerlangannya semakin lenyap”.
2. Perbuatannya tidak bercanggah dengan pecakapannya.
3. Menyibukkan diri dalam ilmu yang memberi manfaat di akhirat dan yang menguatkan semangat untuk melakukan amalan-amalan yang baik di dunia.
4. Tidak memberi perhatian kepada makanan, minuman dan pakaian yang bermutu tinggi (berjenama,branded). Bahkan pendekatan mereka adalah sederhana.(Begitu juga dengan kenderaan dan tempat tinggal).
5. Menjauhi sultan-sultan dan ahli-ahli kerajaan. (Kemungkinan bila termakan budi amar-ma’ruf nahi mungkar jadi kurang power, tiada ruh).
6. Tidak terburu-buru mengeluarkan fatwa. Amat teliti menjawab soalan mengenai agama. Jawab ikut kemampuan, serah pada orang yang didapati sebagai yang lebih layak untuk menjawab.
7. Mementingkan ilmu batin iaitu ilmu tasawwuf. Banyakkan usaha untuk mengislah batin dan mencuci hati sebab perkara ini juga menyebabkan kemajuan dari segi ilmu zahir.
8. Keimanannya dan keyakinannya sentiasa berkait dengan Allah SWT. Iman dan yakin yang kuat dan mantap pada qudrat AllahSWT. Cuba dampingi dan hadir majlis orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.
9. Gerak dan diamnya sentiasa mencerminkan perasaan takut akan Allah SWT. Kesan kebesaran dan kehebatan Allah SWT dizahirkan dari setiap gerak-gerinya, diamnya, pakaiannya, tabiatnya, gaya percakapannya dan seluruh peribadinya.
10. Kekerasaanya terhadap bida’ah dan mengelakkan dirinya dari setiap amalan bida’ah.
Sudahkah anda wahai golongan warasatul anbiyaa mempunyai ciri-ciri di atas, jika ya Alhamdulillah, jika tidak, banyakkan mujahadah dan doa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan