Isnin, 22 September 2014

PANDUAN BELAJAR

APAKAH ILMU YG PERLU DIPELAJARI OLEH SETIAP ORANG ISLAM

1. Al-Quran iaitu cara baca dengan bertajwid, baca dgn talaqqi & musyafahah dari mana-mana guru al-Quran, baca depan guru sekurang2nya 1 x khatam, lps khatam baca setiap hari, kalau mampu 1 juzuk @ 1/2 juzuk @ 2-3 helai, lakukan amalan ini dengan istiqamah hingga akhir hayat. Cari guru untuk belajar terjemah/tafsir 30 juzuk, terus menerus belajar tafsir. Kalau boleh baca Arab belajarlah tafsir bermula dgn tafsir Jalalain, Nasafi, ibnu Katsir dan sentiasa mutalaah tafsir2 yg lain.

2.Hadith- belajar kitab2 hadith bermula dgn hadith 40, Riyadhus Solihin, Fadhail Amal (Maulana Zakaria Kandahlawi), Muntakhab Ahadith (Maulana Yusuf Kandahlawi) Fadhail Sedeqah (Maulana Zakaria), Misykatul Masobih dan akhir sekali kutub sittah (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai, Tarmizi, ibnu Majah).

3. Feqah- bermula dgn kitab2 jawi spt  Zad Muta'llim, Matla'ul Badrain, Sabilul Muhtadin dll.

4. Tasauf- bermula dgn kitab Penawar Hati, Hidayatul Saalikin, Sairus Saalikin dan kitab2 tasauf yg seupamanya hingga kpd Ihya Ulumiddin dan Hikam.

Cara belajar:
 * Cari guru dan belajar satu persatu kitab2 tersebut.
 * Cari guru yg berdekatan dgn kampung, bandar, daerah, negeri kita dahulu, selepas itu boleh ke negeri2  lain.
 * Belajar sampai khatam kitab.