Sabtu, 13 Februari 2010

KEPENTINGAN BELAJAR ISI KANDUNGAN DAN MAKNA AL-QURAN

1. Dalil dari al-Quran

كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدّبّروا آياته و ليتذكّر أولوا الألباب

• “(Al-Quran ini) Sebuah kitab yang kami turunkan kepada mu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”. (Surah Ash-Shad:29)

أفلا يتدبّرون القرآن أم على قلوب أقفالها

• “Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalang mereka daripada menerima ajaran Al-Quran)?.” (Surah Muhammad s.a.w.:24)

2. Dalil dari al-Hadits

عَنْ عُثْمَان رضى الله عن عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ » رواه البخاري
• “Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan yang mengajarkannya.” (Al-Hadits)
-Terdapat darjah kedudukan yang berlainan, yang terbaik ialah yang mempelajari Al-Quran dengan makna dan maksudnya dan yang terendah ialah mempelajari lafaz sahaja.

• “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu sekali-kali tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh dengannya, iaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya SAW.(Al-Hadits)


3. Dalil dari atsar sahabi

• Abdullah ibnu Mas’ud RHU berkata: “Sekiranya kamu mahukan ilmu maka hendaklah kamu memikirkan dan mendalami makna-makna Al-Quran kerana di dalamnya terdapat ilmu orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian.”

4. Petikan kata Musnidul Hind, Imam Shahwaliyullah al-Dahlawi

إن القصد الأصلي من نزول القرآن تهذيب النفوس البشرية,و دمغ العقائد الباطلة, و نفي الأعمال الفاسدة

• Maksud asli penurunan Al-Quran ialah untuk mengislah jiwa manusia, menghancurkan aqidah yang batil dan menolak amalan yang rosak.(al-Fauzul Kabir)

Kesimpulan

Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk ke jalan yang lurus, cahaya dan pembersih hati, peringatan, rahmat kepada yang mengamalkannya penyembuh penyakit rohani dan jasmani, pemberi khabar gembira kepada orang yang beriman, pemberi ancaman kepada orang yang ingkar, hujjah dan syafaat kepada pembaca yang menunaikan haknya serta meninggikan darjat ahlinya di dunia dan di akhirat.

Oleh itu marilah kita sama-sama meluangkan masa untuk mendalami isi kandungan al-Quran. Belajarlah bahasa Arab, cari guru, belajar tafsir, baca terjemahan, tilawah setiap hari, amal apa yang dipelajari, buang cinta dunia di dalam hati dan berdoalah kepadaNya kerana Dialah yang memberi kefahaman INSYAALLAH.


PUSAT PENGAJIAN DARUZZIKRA
NO.6 TINGKAT ATAS, LOT 39 BANDAR DARULAMAN, TANAH MERAH,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

Menawarkan pengajian separuh masa dalam bidang:
• TAFSIR
• HADITH
• AL-QURAN (QIRAATI,TILAWAH,TAJWID & TAHFIZ)
• KITAB-KITAB TURATH (ARAB & JAWI)
• BAHASA ARAB ( PMR, SPM, ASAS, MENENGAH & TINGGI)
• TUISYEN AKADEMIK (PMR & SPM)
*TERBUKA UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR
*MASA BELAJAR ADALAH MENGIKUT PERSETUJUAN BERSAMA
*SILA HUBUNGI: 019-9369972 (USTAZ ABDUL HALIM)

4 ulasan:

  1. kalo kat perak ni nk cari tuisyen mcm ni kat mne ye??

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    mintak izin untuk ambil maklumat..t.kaseh :)
    semoga Allah sentiasa memudahkn segala urusan saudara...

    BalasPadam
  3. Boleh ke saya sebarkan isi kandung ini kepada yang lain

    BalasPadam