Jumaat, 14 Ogos 2009

Sheikh Yusuf al-Qaradawi

KAKI DALAM KASUT DAN ULAR DALAM SELUT


KAKI DALAM KASUT
By
Dr. Mahathir Mohamad
on July 20, 2009 5:58 PM


Sebelum baca pendapat Dr. M, baca muqaddimah ini untuk perbandingan.
• Kebenaran itu boleh datang dari sesiapa sahaja walaupun dari pihak musuh.
• Kadang-kadang Allah menggunakan orang yang fasik untuk membantu agamaNya-maksud hadith.
• Kadang-kadang perlu kita amal konsep “Dengarlah apa yang dicakap, jangan lihat siapa yang bercakap”

“Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan”. (al-Maidah:8)

• Walaupun kita tak suka seseorang atau kaum itu, janganlah kita tolak semua pendapat dan pandangan mereka, kita kena adil dalam bermuzakarah, berhujjah dan berdiskusi ilmiah.
• Orang lemah mesti di tolong, Islam sangat menganjurkan bantu orang miskin, anak yatim dan beri zakat kepada golongan yang layak.
• Islam tak zalim kepada kafir zimmi, tapi mereka ada batasan dan kawalan di dalam negara orang Islam.
• Orang Melayu akan hina seperti Bani Israel zaman Firaun jika mereka langgar perintah Allah dan amal budaya maksiat.
• Melayu Islam akan bangkit semula jika mereka sebarkan Islam-amar maaruf nahi mungkar. Orang bukan Islam akan hormati dan muliakan mereka.

Berkata Dr.Mahathir- Musonnif “Malay Dilemma”:
1) Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2) Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3) Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.


4) Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5) Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6) Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7) Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8) Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9) Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10) Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11) Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12) Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13) Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14) Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15) Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16) Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17) Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18) Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19) Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

SEKIAN

Muallim- Sami yusuf

Sabtu, 1 Ogos 2009


4 Hadith=4800 Hadith (Imam Abu Daud)

Berkata Imam Abu Daud:
Aku telah menulis sebanyak 500 000 hadith dan aku telah masukkan dalam sunanku sebanyak 4800 hadith. Dari jumlah ini memadailah untuk agama seseorang itu sebanyak 4 hadith iaitu:

1) إنما الأعمال بالنيات
2) من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
3) لا يكون المؤمن مؤمنا حتى يرضى لأخيه ما يرضاه لنفسه
4) الحلال بين و الحرام بين و بين ذلك مشتبهات

Shah Abdul Aziz Muhaddith ad-Dahlawi berkata maksud memadai ialah selepas memahami dengan terperinci kaedah-kaedah kulliah dalam syariat seseorang itu tidak berhajat lagi pada mujtahid dan mursyid dalam perkara-perkara juz’iyyah kerana hadith pertama memadai untuk mentashihkan ibadat, hadith kedua untuk memelihara masa dalam kehidupan yang bernilai ini, hadith ketiga untuk mengambil berat terhadap hak-hak jiran, kaum kerabat, kenalan dan di dalam urusan muamalah, hadith yang keempat ialah untuk menolak syak dan keraguan yang terhasil disebabkan oleh ikhtilaf di kalangan ulama dan perbezaan dali-dalil. (Muqaddimah Sunan Abi Daud,H.M Saeed Company, Karachi)