Sabtu, 1 Ogos 2009


4 Hadith=4800 Hadith (Imam Abu Daud)

Berkata Imam Abu Daud:
Aku telah menulis sebanyak 500 000 hadith dan aku telah masukkan dalam sunanku sebanyak 4800 hadith. Dari jumlah ini memadailah untuk agama seseorang itu sebanyak 4 hadith iaitu:

1) إنما الأعمال بالنيات
2) من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
3) لا يكون المؤمن مؤمنا حتى يرضى لأخيه ما يرضاه لنفسه
4) الحلال بين و الحرام بين و بين ذلك مشتبهات

Shah Abdul Aziz Muhaddith ad-Dahlawi berkata maksud memadai ialah selepas memahami dengan terperinci kaedah-kaedah kulliah dalam syariat seseorang itu tidak berhajat lagi pada mujtahid dan mursyid dalam perkara-perkara juz’iyyah kerana hadith pertama memadai untuk mentashihkan ibadat, hadith kedua untuk memelihara masa dalam kehidupan yang bernilai ini, hadith ketiga untuk mengambil berat terhadap hak-hak jiran, kaum kerabat, kenalan dan di dalam urusan muamalah, hadith yang keempat ialah untuk menolak syak dan keraguan yang terhasil disebabkan oleh ikhtilaf di kalangan ulama dan perbezaan dali-dalil. (Muqaddimah Sunan Abi Daud,H.M Saeed Company, Karachi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan